Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak
dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri
daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.
Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae.
Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di
tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.
Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi
bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat
pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa
terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka
yang biasanya terletak di bawah tanah.
Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan
diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan
diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh
mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah
landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan
durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.
Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras.
Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di
Borneo.
Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak dari
Famili Hystricidea (Legakul & Mc Neely 1977, Medway 1978, Nowak 1999) iaitu
spesies Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan
Atherurus macrourus (Landak Nibung).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar